Aduan:

Amy Kwok

Selamat Pagi Dato.

Dah banyak kali saya menghantar aduan namun kedai runcit “The Mini Mix Market” di 86 Jalan Alor,50200 KL (di bawah 7 Eleven) masih beroperasi.

Kedai tersebut dioperasikan oleh warga Bangladesh haram.Oleh kerana sebab itu, aspek keselamatan dan kebersihan tidak dihiraukan langsung.Tangga kecemasan dipenuhi dengan sampah-sarap dan tidak boleh digunakan lagi oleh penduduk2 lain.Kotor dan busuk,pekerja2 TNB tidak sanggup masuk untuk membaca meter elektrik.

Haiwan ternakan & ikan hidup dijual oleh mereka.Sisa-sisa hasil penyembelihan dibuang terus ke dalam tandas.Ini sangat tidak menyihatkan dan wabak penyakit mungkin merebak.Mereka juga memasak di tangga kecemasan setiap hari.Di sini,terdapatnya wayar2 elektrik yang terdedah.

Pegawai2 DBKL datang & pergi.Kenapa la tindakan tegas tidak diambil? Harap2 Dato

Jawapan:

DBKL telah mengadakan pemeriksaan ke premis tersebut dan kompaun telah dikeluarkan di atas kesalahan mempamerkan papan tanda tanpa lesen dan menghalang laluan di kaki lima premis.

Dari aspek warga asing, ianya di luar bidang kuasa DBKL. Perkara ini telah dipanjangkan utk tindakan Jabatan Imigresen.

Walaupun kawasan tersebut telah dibersihkan, ianya akan berulang jika sikap penghuni tidak berubah. Adalah diharapkan pihak penduduk dapat bekerjasama mengekalkan kebersihan premis masing-masing.

Aduan:

Nur Karina

Salam Sejahtera YM Dato Raja Nong Chik,

Apartment saya terletak berhadapan dengan Sek.Men.Seri Bintang Selatan,di Tmn Shamelin Perkasa.Saya telah lama membuat aduan ke DBKL Jab.Bangunan sejak Januari 2009 tetapi sampai ke hari ini tiada maklum balas dari DBKL. Keadaan struktur apartment kami bakal menjadi Mini Highland Tower atau Cave-in seperti kejadian di Jln Kenanga Off Jln San Peng baru-baru ni. Mendapan sedalam 5.5mtr dalam x 3.5mtr diameter lebar. Keretakan bangunan juga mula di unit penduduk. Penduduk blok 14 telah mati akal untuk kepada siapa perlu diadu agar tindakan diambil sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku. Pihak pengurusan penyelenggaran tidak mahu mengambil apa-apa tindakan.

Aduan ke-2 ialah di sepanjang kaki lima dr Sek Men Seri Bintang Selatan menuju Ke Sek Men Seri Bintang Utara, lubang-lubang longkang tidak ditutup oleh pihak DBKL sejak seminggu yang lalu. Keadaan ini amat berbahaya kerana silap langkah pasti murid-murid akan jatuh ke dlam longkang yang sedalam 1 mtr itu.Bila murid-murid berjalan serentak dengan ramai memang tidak perasan lubang longkang tersebut.

Saya berharap YM Dato Raja dapat memberi nasihat.

Sekian, terima kasih.

Jawapan:

DBKL telah mengadakan pemeriksaan Bustan Shamelin Apartment pada 1 Oktober. Siasatan mendapati terdapat mendapan dan retakan pada tembok penahan. Terdapat juga resapan air di retaining wall yang disyaki berpunca dari kebocoran paip air kumbahan. Semua kerosakan ini di bawah bidang kuasa pengurusan bangunan. DBKL telah menghantar surat meminta pengurusan bangunan mengambil tindakan.

DBKL juga telah memeriksa keadaan longkang di sepanjang kaki lima dr Sek Men Seri Bintang Selatan menuju ke Sek Men Seri Bintang Utara. Semeua penutup longkang telah diganti dan ALAm Flora juga diminta membuat pembersihan untuk mengelakkan longkang tersumbat.

Aduan:

Choo Lub Khoong

The existing problem is still persisting after the opening of the median at Lebuhraya Bukit Jalil in front the BOMBA Bukit Jalil. The drivers from Puncak Jalil is making the notorious illegal U turn every morning to head towards Kuala Lumpur without any due regards to the safety of other road users.

This selfish act if not managed will endanger one life if the authorities does not take proactive action by having enforcement to eliminate the selfish act.

On the same highway, exactly at the SIRIM junction, motorcyclists are darting across the median endangering their own life and other road users every morning for the same reason. The curb of the median have been reduced to the same level of the road to enable their motorcycles to get through. Please repair the curb or built barrier across it and ensure that the motorcyclists do not endanger their own life.

Jawapan:

DBKL telah memasang papan tanda larangan membuat pusingan U & hadlaju yg dibenarkan serta memasang speed breaker & flashing amber lights utk memberi amaran memperlahankan kenderaan bg mengurangkan risiko kemalangan. Namun masih terdapat pemandu yg melanggar peraturan. Perkara ini telah dipanjangkan utk tindakan PDRM. Kerosakan curb tersebut akan dibaiki oleh DBKL.